Chulalongkorn

Right Side of Me

Archive for March, 2008

Kearah membina kehidupan bahagia..

Posted by chulalongkorn on March 27, 2008

Tidak semua daripada kita yang boleh mendengar atau menerima sesuatu perkara/perbuatan yang terlalu jujur. kadang2 kejujuran itu menyakitkan dan disalahertikan oleh mereka yang mendengar/terdengar akan sesuatu perkara/perbuatan yang kita lakukan/sampaikan.

“Perfect Love require that you continually have the subtlety of the very wise, the flexibility of the child, sensitivity of the artist, understanding of the philosopher, acceptance of the saint, tolerance of the scholar and fortitude of the captain”

Advertisements

Posted in Malay Section | Leave a Comment »

Glory Glory Man United..

Posted by chulalongkorn on March 24, 2008

Jam menunjukkan pukul 8.15 malam, selepas solat maghrib, saya bergegas turun kebawah bersama2 dengan Jepp, Abg Lan, Wan, Mie dan Tongkat Asli. mlm ni kami bersepakat untuk menyaksikan Man Utd vs Liverpool di Hartamas Square, Sri Hartamas. Masing2 nampak tak sabar untuk menantikan aksi anak buah Sir Alex membelasah Liverpool malam nie…

Belum sampai lagi di Sri Hartamas, hujan turun dgn lebatnya…alhamdulillah, kami selamat sampai dan park betul2 di belakang Hartamas Square, ramai dah peminat2 man utd dan liverpool kat sana. saya dengan bangganya berjalan dengan memakai jersi lama ‘sharp’ ’99 (masa tu dapat treble) mencari tempat duduk kosong, rata2 semua penuh dgn penyokong2 dan awek2 cun (ada juga yg menarik perhatian, hampir2 menggongcang iman saya). hujan masih turun renyai2, so kami mengambil keputusan untuk cross seberang jalan ke cafe berdekatan, akhirnya setelah hujan reda, kami dapat tempat duduk yg strategik, walaupun terpaksa berdoa agar hujan tidak turun kerana tempat duduk kami tidak berbumbung. saya terus order nescafe panas + mee goreng basah dan lebih kurang pukul 9.30 mlm, perlawanan pun bermula…

orang ramai masih membanjiri cafe to join e party, tiba2 sampai seorang gadis menarik perhatian saya, cuma mampu melihat dari dekat kerana dia mengambil tempat betul2 didepan saya, sexy jangan cakap, pakai seluar pendek je, singkat lak tu..huhuhu..free show banyak malam nie…..layan je la….

Man Utd sememangnya terlalu kuat untuk Liverpool dan mereka membuktikan dengan membelasah lawan 3-0, jaringan oleh Wes Brown, Ronaldo dan Nani. lagu ‘Glory Glory Man United’ bergema selepas itu. pulanglah penyokong2 Liverpool dengan seribu satu perasaan hiba, sedih, malu dan macam2 lagi. mereka sememangnya menjangkakan kemenangan akan berpihak kpd mereka tapi apa yg berlaku adalah sebaliknya. pity them, really. selepas tamat perlawanan, kami bergegas pulang untuk menyaksikan perlawanan kedua mlm ini antara Chelsea dan Arsenal.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Perjalanan yang masih panjang

Posted by chulalongkorn on March 21, 2008

Pagi jumaat selalunya cerah, pagi2 lagi seperti biasa, saya akan turun kebawah selepas menghantar kedua2 anak saya kepada pengasuhnya. cuma pagi ni saya terserempak dgn sdr Adam yg mengajak saya minum pagi di tempat biasa. jarang saya pekena nescafe panas dikedai waktu pagi tambahan pula hari ini hari bekerja, waktu pagi sememangnya ‘tight’..sekurang2nya sejam diperuntukkan untuk bersiap2 ke tempat kerja sebelum punch-card pukul 9.30 pagi.

sambil hirup nescafe panas, saya membelek akhbar utk membaca sepintas lalu berita2 tempatan dan luar negara. kelmarin adalah hari Maulidul Rasul iaitu hari sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan tiap2 tahun sambutan yg dianjurkan begitu meriah dengan selawat keatas Nabi bergema ketika perarakan.

Tokoh Maulidul Rasul tahun ini diberikan kepada Marina Ahmad (wanita pertama negara yang berjaya mendaki Gunung Everest), Tan Sri Dr. Yahya Tun Awang (pakar bedah jantung pertama negara), Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh (OKU pertama di negara ini bergelar Senator), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (Angkasawan Malaysia pertama) dan Nor Umairah Ahmad Jamhari (OKU yg mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan PMR 2007). Tahniah diucapkan kepada mereka berlima.

Sedikit mengenai perkembangan politik tanahair, Bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohammad Khir Toyo telah secara sukarela melepaskan jawatan yg disandangnya dalam UMNO dan di ganti oleh Dato’ Muhammad Mohd Taib. pada pandangan peribadi saya, beliau perlu bertanggungjawab atas apa yg berlaku (kekalahan teruk parti dlm PRU12) selaku ketua UMNO Selangor. Dan Tg Razaligh Hamzah menyuarakan hasrat untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO dlm persidangan agung akan datang. katanya ingin merawat UMNO yg sakit tenat. kepada beliau, saya ucapkan selamat berjaya..

Posted in Malay Section | Leave a Comment »

Setelah Hujan

Posted by chulalongkorn on March 19, 2008

Semalam, pak lah dgn rasminya mengumumkan barisan kabinet barunya bagi penggal 2008. ada ramai muka2 baru yg dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. personally, saya merasakan menteri2 yg dilantik kali ini lebih kepada percaturan yang akan menyelamatkan karier politik beliau (pak lah) sendiri. rata2 yg dipilih adalah orang kuat di belakang beliau. anyway, saya berharap mereka2 yg dilantik akan menjalankan tanggungjawab mereka dgn penuh dedikasi..jangan jadikan perbezaan idealogi politik sebagai tanda ukur dalam membuat keputusan. congratulation & good luck to all appointed ministers!!

Saya sebagai anak jati negeri kelantan merasa amat berbangga dgn kemenangan PAS di kelantan pada PRU-12 baru2 ini. Disini saya ingin menyatakan sokongan yg tak berbelah bagi kepada pimpinan YAB Dato’ Hj Nik Abdul Aziz…dan lebih membanggakan lagi, pakatan pembangkang kali ini berjaya merampas 5 negeri iaitu kedah, perak, pulau pinang dan selangor termasuk wilayah persekutuan. parti keadilan rakyat (PKR) akhirnya menamatkan penguasaan selama 3 penggal oleh parti barisan nasional (BN) di kawasan bandar tun razak..lebih manis lagi kemenangan yang diperolehi adalah daripada menteri besar selangor, Tan Sri Khalid mengalahkan Dato’ Tan Chai Ho..masih terngiang2 di telinga saya ucapan Tan Sri sewaktu berkempen di Sri Penara (tempat kediaman saya sekeluarga), beliau begitu bersemangat walaupun bagi saya pada waktu itu tidak nampak kemenangan berpihak kepada PKR. tahniah diucapkan kepada Tan Sri Khalid, semoga negeri Selangor bakal menjadi negeri contoh kepada negeri lain dari segala aspek..dunia dan akhirat!!

Pendirian saya jelas iaitu menyokong barisan alternatif yang diketuai oleh PAS, PKR dan DAP. mungkin ada di antara kita keliru tentang pendirian/dasar yang berbeza antara PAS dan DAP, dimana PAS memperjuangkan dasar pemerintahan berlandaskan islam dan DAP sebaliknya. (sudah tentu sebab mereka dikalangan rakyat bukan islam)..ingin saya tekankan bahawa PAS hanya bekerjasama dgn DAP melalui PKR, iaitu PKR sebagai wakil PAS bermaufakat dgn DAP untuk sama2 menumbangkan barisan nasional (BN). itu saja!!! 

Posted in Malay Section | Leave a Comment »