Chulalongkorn

Right Side of Me

Setelah Hujan

Posted by chulalongkorn on March 19, 2008

Semalam, pak lah dgn rasminya mengumumkan barisan kabinet barunya bagi penggal 2008. ada ramai muka2 baru yg dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. personally, saya merasakan menteri2 yg dilantik kali ini lebih kepada percaturan yang akan menyelamatkan karier politik beliau (pak lah) sendiri. rata2 yg dipilih adalah orang kuat di belakang beliau. anyway, saya berharap mereka2 yg dilantik akan menjalankan tanggungjawab mereka dgn penuh dedikasi..jangan jadikan perbezaan idealogi politik sebagai tanda ukur dalam membuat keputusan. congratulation & good luck to all appointed ministers!!

Saya sebagai anak jati negeri kelantan merasa amat berbangga dgn kemenangan PAS di kelantan pada PRU-12 baru2 ini. Disini saya ingin menyatakan sokongan yg tak berbelah bagi kepada pimpinan YAB Dato’ Hj Nik Abdul Aziz…dan lebih membanggakan lagi, pakatan pembangkang kali ini berjaya merampas 5 negeri iaitu kedah, perak, pulau pinang dan selangor termasuk wilayah persekutuan. parti keadilan rakyat (PKR) akhirnya menamatkan penguasaan selama 3 penggal oleh parti barisan nasional (BN) di kawasan bandar tun razak..lebih manis lagi kemenangan yang diperolehi adalah daripada menteri besar selangor, Tan Sri Khalid mengalahkan Dato’ Tan Chai Ho..masih terngiang2 di telinga saya ucapan Tan Sri sewaktu berkempen di Sri Penara (tempat kediaman saya sekeluarga), beliau begitu bersemangat walaupun bagi saya pada waktu itu tidak nampak kemenangan berpihak kepada PKR. tahniah diucapkan kepada Tan Sri Khalid, semoga negeri Selangor bakal menjadi negeri contoh kepada negeri lain dari segala aspek..dunia dan akhirat!!

Pendirian saya jelas iaitu menyokong barisan alternatif yang diketuai oleh PAS, PKR dan DAP. mungkin ada di antara kita keliru tentang pendirian/dasar yang berbeza antara PAS dan DAP, dimana PAS memperjuangkan dasar pemerintahan berlandaskan islam dan DAP sebaliknya. (sudah tentu sebab mereka dikalangan rakyat bukan islam)..ingin saya tekankan bahawa PAS hanya bekerjasama dgn DAP melalui PKR, iaitu PKR sebagai wakil PAS bermaufakat dgn DAP untuk sama2 menumbangkan barisan nasional (BN). itu saja!!! 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: