Chulalongkorn

Right Side of Me

Perjalanan yang masih panjang

Posted by chulalongkorn on March 21, 2008

Pagi jumaat selalunya cerah, pagi2 lagi seperti biasa, saya akan turun kebawah selepas menghantar kedua2 anak saya kepada pengasuhnya. cuma pagi ni saya terserempak dgn sdr Adam yg mengajak saya minum pagi di tempat biasa. jarang saya pekena nescafe panas dikedai waktu pagi tambahan pula hari ini hari bekerja, waktu pagi sememangnya ‘tight’..sekurang2nya sejam diperuntukkan untuk bersiap2 ke tempat kerja sebelum punch-card pukul 9.30 pagi.

sambil hirup nescafe panas, saya membelek akhbar utk membaca sepintas lalu berita2 tempatan dan luar negara. kelmarin adalah hari Maulidul Rasul iaitu hari sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan tiap2 tahun sambutan yg dianjurkan begitu meriah dengan selawat keatas Nabi bergema ketika perarakan.

Tokoh Maulidul Rasul tahun ini diberikan kepada Marina Ahmad (wanita pertama negara yang berjaya mendaki Gunung Everest), Tan Sri Dr. Yahya Tun Awang (pakar bedah jantung pertama negara), Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh (OKU pertama di negara ini bergelar Senator), Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (Angkasawan Malaysia pertama) dan Nor Umairah Ahmad Jamhari (OKU yg mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan PMR 2007). Tahniah diucapkan kepada mereka berlima.

Sedikit mengenai perkembangan politik tanahair, Bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohammad Khir Toyo telah secara sukarela melepaskan jawatan yg disandangnya dalam UMNO dan di ganti oleh Dato’ Muhammad Mohd Taib. pada pandangan peribadi saya, beliau perlu bertanggungjawab atas apa yg berlaku (kekalahan teruk parti dlm PRU12) selaku ketua UMNO Selangor. Dan Tg Razaligh Hamzah menyuarakan hasrat untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO dlm persidangan agung akan datang. katanya ingin merawat UMNO yg sakit tenat. kepada beliau, saya ucapkan selamat berjaya..

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: