Chulalongkorn

Right Side of Me

Hanya Masa Menentukan

Posted by chulalongkorn on April 17, 2008

Saya tak berkesempatan untuk menulis last week, byk perkara yang berlaku sepanjang minggu. biar saya mulakan dengan baru2 ini saya bersama Jep, Mie, Wan dan Abg Lang menyertai perhimpunan ‘Black 14’ bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru. Kami bertolak dari Sri Penara lebih kurang pukul 8.30 p.m. Jalan mulai sesak dgn orang ramai seawal 7 ptg, laungan ‘Reformasi’ kedengaran tatkala kami melangkah masuk ke dlm kawasan kelab, cari ‘pot’ yg sesuai utk melabuhkan punggung, masing2 begitu bersemangat untuk mendengar amanat dari pemimpin Keadilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Melalui ucapannya, saya dapat merasakan keyakinan Barisan Rakyat, (Keadilan, PAS dan DAP) untuk menawan Malaysia dalam beberapa bulan dari sekarang. Minggu depan, Dato’ Seri Anwar akan memulakan langkahnya dalam usaha mencari 40 kerusi untuk melengkapkan sokongan 2/3 kerusi parlimen bagi memerintah Malaysia.

Tinggal dulu isu politik, Manchester United menghampiri kejuaraan liga dengan mengalahkan musuh tradisi, Arsenal 2-1 di Old Trafford hasil jaringan Cristiano Ronaldo dan Owen Hargreaves. Arsenal hanya mampu melihat pemain2 Man Utd mengawal permainan walaupun dgn ketiadaan Vidic. Chelsea pula melepaskan peluang mengejar mata bila hanya sekadar seri 1-1 dengan Wigan, credit to Emile Heskey!!.

Semalam 1146 bukak di Da ma Cai, nasib tak baik..hanya main di pintu Magnum. katanya Jep, itulah gunanya main 3 pintu. padahal masa gi beli ngan dia kt taman sg besi selasa lepas, kami duduk minum kat sebelah je ngan kedai Da Ma Cai. apa salahnya kalau gi tekan seringgut kt situ..3 langkah je..aduh…dah tak nak bagi…

Besok, akan bermula pertandingan ping pong tertutup Sri Penara. Saya diundi bersama partner saya, Nizam dlm kumpulan A. ada 4 pasukan dlm satu kumpulan. Padli dan Lan Ganu, Nas dan Bro Sham dan Bob dan partner dia..(sy lupa nama dia)..semuanya terer2, tapi kami (sy dan Nizam) tak ada rasa gentar untuk melawan mereka dan akan berjuang bermati2an untuk dapatkan slot ke quarter final..dan seterusnya menjuarai kejohanan edisi perdama ini, insyaAllah!! Allah hu Akbar!!!

Besok jugak saya ada lawatan tapak ke Galeri Wariseni, Bukit Nenas Jln Ampang, KL jam 10 pagi..pukul 9:00 dah nak kena bertolak sbb traffic sentiasa jam time org nak pegi kerja.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: